Header Ads

Terkini

WTF, 'Penis Park' Menjadi Tarikan Pelancong Yang Hadir Untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 Di Pyeongchang, Korea Selatan

Views
Ketika orang sibuk berpusu-pusu ke Korea Selatan untuk menonton Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, ada juga yang sempat berkunjung ke Sinnam untuk melihat lokasi pelancongan dipanggil “Penis Park” yang didakwa terkenal di dunia, menurut Reuters.



Terletak di Samcheok

Taman Haesindang, terletak di atas bukit di Samcheok, satu jam perjalanan dari Pyeongchang di mana Olimpik Musim Sejuk diadakan, dan sememangnya terkenal dengan patung-patung dan monumen peliknyanya.


Di sana anda akan menemui bangku-bangku dan kerusi yang berbentuk seperti penis.

Terdapat juga bangku-bangku yang mempunyai penis yang kelihatan melekat pada tubuh mereka. Hmm, jangan biarkan imaginasi ke arah yang bukan-bukan!


Terkena Sumpahan

Mengikut legenda tempatan, sebuah kampung berdekatan terkena sumpahan yang mempengaruhi banyak ikan di kawasan itu.



Dalam satu versi lain, ada kisah seorang wanita muda lemas selepas jadi mangsa dalam ribut semasa memetik rumpai laut, menyebabkan ikan di kawasan itu tiba-tiba hilang.

Untuk mendapatkan kembali sumber makanan mereka, penduduk kampung memutuskan untuk mendirikan monumen berbentuk penis atau dipanggil ‘phalic‘ untuk kembali semangat di kota itu.


Dikatakan bahawa patung penis diletakkan di kawasan itu untuk membantu wanita yang mempunya masalah untuk hamil. Menurut National Geographic Travel, dengan berkunjung ke taman ini dikatakan menjaga ikatan perkahwinan dengan sempurna.



Terdapat begitu banyak perkara aneh yang tidak biasa yanda lihat di taman ini, contohnya patung zakar dengan wajah di atasnya. Sanggupkah anda untuk berkunjung di sini?

Sumber : Hangat

Tiada ulasan