Header Ads

Terkini

Randy Pangalila - Dari Seorang Pelakon Terkenal Di Indonesia Hingga Ke 'Fighter' MMA, Perlawanan Pertama Menang Mudah Hanya Dalam Masa 39 Saat!

Views

Mungkin dia kurang dikenali di Malaysia namun pelakon kacak ini pernah ada gosip bercinta dengan Elfira Loy suatu masa dahulu. Randy Pangalila mula dikenali menerusi sinetron Cinta Fitri.

Jejaka yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia ini juga pernah berlakon dalam beberapa buah sinetron dan filem. Namun kebelakangan, dia jarang terlihat di dunia hiburan Indonesia. Mungkin sibuk dengan aktiviti ini.


Ternyata, jejaka yang sekarang memiliki tubuh sasa ini sedang aktif dalam dunia seni mempertahankan diri. Baru-baru ini Randy yang terlibat dalam Warrior Fight Camp bertarung di atas gelanggang MMA.

Dalam pertarungan untuk celebrity match tersebut, dia berhadapan dengan Fajar Ibel, seorang ahli muzik yang juga aktif dalam dunia MMA.


Untuk peminat Randy, berikut 7 aksi Randy Pangalila saat di atas gelanggang MMA.







Tak sampai satu minit, Randy mengakhiri pertandingan dengan kemenangan. Dia hanya memerlukan waktu 39 saat untuk memukul lawannya. Hebat juga Randy ni!


Sumber : Brilio.net & IG Randy, Hangat

Tiada ulasan