Header Ads

Terkini

Peminjam (PTPTN) Yang Berpendapatan Melebihi RM2,000 Bakal Dikenakan Potongan Gaji

Views

Namun, peminjam dalam kumpulan B40 dan M40 yang mendapat penghargaan kelas pertama akan dikecualikan daripada pembayaran balik.

imbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching mengumumkan bahawa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memperoleh pendapatan melebihi RM2,000 akan dikenakan potongan mandatori dari gaji mereka.

Menurut Teo, "Untuk memastikan kita tidak membebankan belia, kerajaan telah memutuskan untuk memulakan potongan gaji mandatori sebanyak 2% atau RM40 sekiranya gaji peminjam mencapai RM2,000."

Namun begitu, ianya akan meningkat mengikut kenaikan gaji setiap peminjam.


Walau bagaimanapun, pembayaran balik itu akan dikecualikan untuk peminjam dalam kumpulan pendapatan pertengahan iaitu 40% (M40) yang juga mendapat kepujian kelas pertama

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Free Malaysia Today, pengecualian pembayaran balik itu akan diberikan kepada pelajar dari kumpulan pendapatan terendah 40% (B40).


Tambahan lagi, pengecualian ini juga akan dikenakan kepada kedua-dua pelajar di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Sebelum ini, ketika pembentangan Bajet 2019 pada 2 November yang lalu, Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng mengumumkan bahawa skim pembayaran balik adalah WAJIB bagi setiap peminjam PTPTN


Melalui inisiatif, bayaran balik pinjaman akan dijamin melalui potongan berjadual antara 2% hingga 15% daripada gaji peminjam. Ianya akan dikenakan ke atas peminjam yang berpendapatan sebanyak RM1,000 ke atas.

Sumber : Says Seismik

Tiada ulasan