Header Ads

Terkini

Gambar Kampung Di Perlis Ini Jadi Viral Selepas Mendapat Perhatian Daripada Apple Di Instagram

Views

Sekiranya anda mengikuti Instagram syarikat Apple, pastinya anda cukup tahu dengan gaya penjenamaan syarikat ini yang sering berkongsi gambar yang diambil pengguna iPhone melalui hashtag #ShotoniPhone.

Pada kali ini, perkongsian Apple melalui pengguna @dinnyaiman mendapat perhatian netizen khususnya netizen tempatan selepas sebuah kampung yang terletak di Perlis iaitu Kampung Sahabat berjaya dikongsi oleh akaun dengan 21 juta pengikut ini.


Berdasarkan perkongsian @dinnyaiman, beliau mengambil gambar ikonik ini pada 13 November sebelum dihubungi pihak Apple pada 26 November untuk dikongsikan. Mengulas mengenai model iPhone yang digunakan, beliau nampaknya menggunakan iPhone 7 Plus bagi mendapatkan gambar yang penuh dengan penceritaan ini.

Para netizen tempatan juga nampaknya sangat berbangga dengan pencapaian lelaki ini yang berjaya termasuk dalam perkongsian gambar Instagram Apple. Berikut merupakan reaksi netizen mengenai perkongsian tersebut.



Sumber : Vocket

Tiada ulasan