Header Ads

Terkini

Liverpool Terus Mengungguli Carta Liga Perdana Jauh Kedepan Selepas Membelasah Leicester City 4-0!

Views

Liverpool terus perkasa di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris selepas menampilkan satu lagi aksi sempurna untuk membenam pencabar terdekat, Leicester City 4-0 di Stadium King Power pada awal pagi tadi.

Skuad Jurgen Klopp memulakan perlawanan dengan kelebihan 10 mata di atas The Foxes, dengan baki satu perlawanan di dalam tangan.


Selepas aksi yang penuh dominan ditampilkan, sukar untuk membayangkan bagaimana Liverpool tidak mengakhiri saingan musim ini dengan kejuaraan pertama sejak 30 tahun yang lalu.

Gol pertama perlawanan melalui tandukan Roberto Firmino mungkin bukan gambaran penuh dominasi Liverpool – namun Liverpool kembali memperagakan aksi bertenaga pada babak kedua perlawanan. 


Minit ke-71, Liverpool memenangi sepakan penalti selepas Caglar Soyuncu dipersalahkan memegang bola, untuk James Milner melebarkan kedudukan.

Kemudian Trent Alexander-Arnold sekali lagi menghasilkan bantuan gol untuk Firmino, yang tenang menhasilkan gol ketiga Liverpool.

Selepas itu, giliran Alexander-Arnold sendiri untuk mencatatkan nama sendiri di dalam senarai penjaring dengan rembatan kaki kanan ke sudut tiang gol.


Selepas mengharungi 18 perlawanan, Liverpool hanya tercicir dua mata setakat ini. Satu-satunya pasukan yang gagal ditewaskan ialah Manchester United yang berada di pertengahan liga.

Berdasarkan prestasi terkini skuad kendalian Jurgen Klopp, sukar untuk membayangkan The Kops tidak menggunakan kelebihan yang ada di persada liga untuk memastikan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) menuju ke Merseyside pada Mei nanti. 

Sumber : Semuanya Bola

Tiada ulasan