Header Ads

Terkini

Cara - Cara Untuk Buat 'Wet Food' Di Rumah Khas Untuk Si Pencinta Kucing

Views


Korang perasan tak kebanyakan kucing-kucing yang famous dan popular di media sosial mesti gemuk dan gebu semacam. Sampai korang tertanya-tanya apalah yang tuan dia bagi sampai jadi besar macam tu betul tak?


Kalau sebelum ini korang selalu beli wetfood untuk kucing korang, haa… apa kata kali ini korang cuba buat wet food homemade untuk kucing kesayangan dekat rumah saja. Nak tak?


Tips ini dikongsikan oleh OvaPet Premium Pet Spray di laman Facebook mereka tentang cara menyediakan wetfood tanpa mengunakan bahan pengawet, garam bahkan pewarna dalam makanan si comel. Yang penting, kucing korang mesti suka sebab sedap dan lazat.


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:


  • Ikan/daging/ayam (direbus) – protein
  • Labu rebus – Mineral
  • Lobak rebus – vitamin
  • Agar-agar (optional) – untuk tekstur
  • Rebus kosong tanpa garam
  • Air rebusan ayam/ikan/daging jangan dibuang

Guna ayam/ikan/daging yang fresh sebab sesetengah kucing memilih tak nak makan kalau tak fresh

Elakkan ayam/ikan/daging/telur mentah yang tidak dimasak kerana mengandungi bakteria merbahaya kepada haiwan


CARA MENYEDIAKAN MAKANAN WETFOOD HOMEMADE BAGI SI COMEL:


  • Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
  • Masukkan sekali air rebusan ikan/ayam tadi dan blend halus.
  • Kalau puas hati dengan kepekatan wet food tersebut, tak perlu tambah agar-agar ya.
  • Kalau terlalu cair boleh guna agar-agar. Hanya perlu masak sedikit agar-agar bersama air sehingga larut. Kemudian, masukkan bahan blend tadi, kacau sebati dan biarkan sejuk.
  • Kalau terlalu pekat, boleh tambah air rebusan ayam/ikan dan gaul sebati.
  • Untuk hasil yang lebih menarik, boleh letakkan isi ayam/ikan dalam wet food tadi.
  • Gaul sebati.
  • Siap! Boleh dihidang terus atau simpan dalam bekas. Kalau nak tahan lama, boleh simpan dalam peti ais.

Inilah rahsia macam mana kucing-kucing peliharaan boleh jadi gemuk dan gebu. Harap lepas ini kucing korang bertambah gemuk selain sihat sebab makan makanan yang berkhasiat tanpa sebarang bahan pengawet pun. Selamat mencuba!


Sumber : Buzzkini

Tiada ulasan