Oh Sedih : Lelaki Habiskan Baki Enam Bulan Terakhir Kehidupan Gembirakan Isteri Yang Baru Dikahwini
Seorang lelaki melamar teman wanitanya sedangkan dia cuma ada masa enam bulan lagi untuk hidup dan kemudiannya menghabiskan hari-hari terakhir hidupnya untuk menggembirakan isterinya. Chris Price, 26 berjanji kepada wanita yang dicintainya, Ceri, 29 untuk memberikan apa sahaja yang diingini oleh wanita itu selepas dia disahkan menghidap kanser terminal.
Chris meninggal dunia dalam pelukan Ceri bulan lepas dan pengebumiannya dilakukan di gereja yang sama dimana perkahwinan mereka berlangsung enam bulan sebelumnya. Ceri yang sedih memberitahu :
Ia seolah-olah Chris mahu menghabiskan masanya untuk membuat saya gembira-segembiranya. Kami melakukan banyak perkara dalam masa enam bulan terakhir hidupnya. Dia sangat positif, dia tak bercakap langsung tentang kematian. Dia hanya mahu melihat saya dan anak-anak gembira sebelum dia pergi.
Chris telah mengaturkan percutian keluarga untuk Ceri dan anak-anak ke Disney dan percutian romantik untuk mereka berdua di New York.
Masa yang kami habiskan bersama sangat magikal dan saya akan mengenangnya sampai bila-bila. Dia tahu saya sukakan sepasang kasut but Louboutin tapi saya tak mampu membelinya. Jadi dia belikan untuk saya dan belikan saya pula satu beg tangan Mulberry yang lebih mahal dari but tersebut.
Tiada ulasan
Catat Ulasan