Header Ads

Terkini

Apartment Di China Ini Adalah Satu - Satunya Bangunan 24 Tingkat Dibina Tanpa Lif

Views

Pasti anda terperanjat apabila melihat sebuah bangunan yang berketinggian 24 tingkat tetapi tidak disediakan lif. Adakah anda sanggup untuk jadi penghuni di tingkat 24 tersebut. Namun menjadi menariknya di sini apabila terdapat sebuah apartment di Chongqing Selatan Barat China yang dibina tanpa menyediakan sebarang lif untuk penduduknya.


Netizen tertanya-tanya bagaimana penduduk di dalam apartment ini menaiki tangga untuk ke rumah mereka.

Gambar yang menunjukkan bangunan yang tiada lif itu telah menjadi tular. Netizen bertanya bagaimana penduduk mampu hidup dengan hanya mengunakan tangga dan terdapat yang tidak dapat membayangkan bagaimana jika mereka hidup di situ.



Sheshouzua, pengguna Weibo:

“Saya akan lemah apabila berada di separuh perjalanan”

Jiajianchengchu, juga berkomen:

“Bagaimana jika saya tersesat ketika dalam menaiki tangga itu”

Terdapat juga memberi respons yang positif:

Seorang pengguna, Maxiaoduoduo berkata:

“Wow! Saya ingin mencuba menaiki tangga tersebut.”

Seperti yang orang dapat lihat, bangunan ini disambung dengan jambatan dan tempat berjalan kaki.




Tingkat ke 10 bangunan ini mempunyai tempat keluar yang memudahkan penghuni untuk pergi ke jalan raya.



Di dalam temu bual dengan berita pagi Chongqing, Hu Xiangui, penduduk tempatan mengatakan bangunan itu telah dibina pada tahun 1990. Hanya pada tahun 1997 sahaja, lif diperkenalkan di dalam negara.

Malahan, bangunan apartment ini mempunyai kereta api yang bergerak di antara bangunan tersebut.



Dan mereka mempunyai jalan di atas bumbung.


Puan Chai, seorang wanita yang telah tinggal di dalam bangunan ini selama 8 tahun telah berkongsi:

“Pada mulanya saya rasa sakit kaki setiap kali menaiki tangga ini. Tetapi lama kelamaan saya telah menjadi biasa.”

“Kawasan kejiranan itu telah menjadi sangat popular sehingga telah menjadi set penggambaran untuk 5-6 buah filem” tambah puan Chai lagi.  Salah satu filem terkenal tahun 2016 yang bertajuk “Chongqing Hot Pot” yang mengutip sebanyak  $58.4 juta di seluruh dunia.



Sumber : Taiko Tv

Tiada ulasan