Header Ads

Terkini

Oh Yeah : Akhirnya YouTube Batalkan Usahasama Iklan Dan Projek Youtube Red Logan Paul

Views

Sehari selepas YouTube memberikan pengumuman bahawa mereka sedang mencari jalan penyelesaian untuk menghukum Logan Paul, dilaporkan bahawa perkhidmatan tersebut akan menyingkirkan Logan dari program iklan Google khas dan akan mempertimbangkan untuk membatalkan projek filem YouTube Red Paul yang akan datang.

Keputusan itu diputuskan selepas perjanjian syarikat itu untuk memberikan tindakan selanjutnya terhadap Logan selepas penggambaran vlognya di sebuah hutan di Aokigahara, Jepun, mencetuskan kontroversi. Walaupun logan kemudian menurunkan video itu dan mengumumkan permohonan maaf diatas tindakannya, ramai berpendapat bahawa respon awal dari YouTube tidak mencukupi.


Seorang wakil dari YouTube telah mengesahkan bahawa "berdasarkan peristiwa baru-baru ini," saluran Logan akan dialihkan dari program iklan Google khas, dan dia juga tidak lagi akan muncul dalam siri yang sudah empat musim untuk 'Foursome' dan YouTube Red yang akan datang iaitu The Thinning: New World Order yang mungkin akan dibatalkan.


p/s: agak kesian jugak dengan dia akibat dari kecaman orang ramai mengenai video tu, tapi memang patut pun dia kena hukum macam ni sebab beberapa video dia sejak kebelakangan ni banyak yang macam lupa diri. Sebagai contoh billionair dari Dubai iaitu Saygin Yalcin datang melawat beliau di rumah, tapi dia layan acuh tak acuh padahal billionair tu layan dia first class masa dia datang Dubai siap buat kereta Bugatti Veyron logo Maverick! So, sentiasa beringat cepat kita naik, cepat jugak kita jatuh kalau kita tidak sentiasa mengingatkan diri sendiri.

Sumber : TheVerge

Tiada ulasan