Header Ads

Terkini

Disebabkan Terlalu Bernilai, Apple Haramkan Tim Cook Untuk Menggunakan Penerbangan Awam

Views

Pernahkah anda membayangkan kehidupan menjadi seorang yang terlalu bernilai dalam sebuah syarikat sehinggakan anda diwajibkan menaiki penerbangan peribadi sahaja. Situasi ini ternyata berlaku kepada individu bernama Tim Cook dan beliau adalah CEO kepada syarikat Apple.

Disebalik kontroversi dan spekulasi sepanjang mengemudi syarikat Apple, Tim Cook ternyata berjaya memberi keuntungan yang tinggi buat syarikat Apple. Kehadiran Apple iPhone X disertakan dengan beberapa model juga bakal turut meningkatkan nilai syarikat ini.

 

Berdasarkan laporan daripada BigBible, gaji pokok yang diterima Tim Cook pada tahun 2017 adalah $3.06 juta (~RM12.44). Jumlah yang tidak terlalu tinggi berbanding pencapaiannya. Dalam pada itu, beliau turut dianugerahkan bonus atas prestasinya pada tahun ini serta insentif sebagai pemegang syarikat yang membolehkan beliau menerima sebanyak $102 juta (~RM414.58 juta).

Berdasarkan pencapaiannya juga, Apple telah menghadiahkan Tim Cook sebuah jet peribadi untuk mengurangkan risiko melibatkan kecelakaan kepada dirinya. Untuk pengetahuan anda, Apple turut melakukan perkara yang sama buat Steve Jobs pada tahun 2000.

 

Dengan polisi ini, Tim Cook hanya dibenarkan menggunakan jet peribadi khas meskipun hanya untuk tujuan bercuti. Awesome bukan?

p/s: Ek eleh bukan power pun dia ni. Dia ni jugaklah penyebab Apple semakin jatuh skang nih. Apple tu bukan dia yang cipta pun. Gay plak tu kah!

Sumber : The Vocket

Tiada ulasan