Header Ads

Terkini

WTF? Seorang Lelaki Mengaku Bahawa Beliau Anak Kandung Aishwarya Rai

Views

Seorang lelaki berusia 29 tahun dari Andhra Pradesh mendakwa dia adalah anak lelaki pelakon Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan.

Menurut laporan berita dari India Today, Sangeeth Kumar mendakwa bahawa dia dilahirkan di London pada tahun 1988 melalui teknik IVF (Persenyawaan in vitro) dan dibesarkan di Chodavaram di bawah penjagaan saudara-maranya.


Tanpa menunjukkan sebarang bukti, Kumar juga mendakwa bahawa dia tinggal bersama neneknya Brinda Krishnaraj Raj di Mumbai, dan kakaknya Krishnaraj Raj yang meninggal dunia pada April tahun lepas.

Menariknya, Aishwarya hanya berusia 15 tahun pada tahun 1988.

Kumar berkata:
 

“Ibu bapa Aishwarya menjaga saya sehingga saya berusia dua tahun, selepas itu saya dibawa ke Chodavaram."


“Pada tahun-tahun saya membersa, saudara-saudara saya terus merahsiakan identiti ibu saya dan saya bekerja keras untuk mendedahkan kebenaran."


“Sekarang saya tahu siapa dia, saya mahu berjumpa dengannya, dan saya harap dia akan tinggal bersama saya di Mangaluru.”


Kumar mengakui bahawa dia sangat merindukan ibunya tetapi tidak mahu melawatnya di Vishakapatnam.

Sumber : NST, Hangat

Tiada ulasan