Header Ads

Terkini

Cute Much! Inilah Kucing Yang Mempunyai Ekor Paling Panjang Di Dunia

Views

Bagi mereka yang mempunyai kucing, sudah semestinya tugas mengemas dan membersihkan rumah menjadi kebiasaan supaya tempat tinggal kelihatan bersih dan selesa.

Namun bagi Lauren and Will Powers, mereka tidak perlu membersihkan rumah seperti pemilik kucing yang lain. Kucing mereka, Cygnus telah mengambil alih tugas tersebut dengan hanya mengibaskan ekornya yang panjang dan halus.


Baru-baru ini, Cygnus Regulus Powers dari Michigan, Amerika Syarikat telah dinobatkan sebagai ‘kucing peliharaan yang mempunyai ekor terpanjang di dunia’ oleh Guinness Book of Records. Menurut Oddity Central, ukuran rasmi ekor Cygnus ialah 44.66cm.

Namun Will memberitahu bahawa ukuran itu mungkin lebih panjang kerana ukuran terbaru diambil beliau adalah lebih 46cm kerana Cygnus kini berusia lebih setahun.


Tambah Will, sudah pasti ia melebihi rekod dunia dan tidak menunjukkan sebarang petanda bahawa ia akan berhenti.

Pada setiap bulan, ekor Cygnus juga akan tumbuh sekitar setengah inci dan ramai orang yang memanggil Cygnus ‘penyapu bulu ayam’ kerana ia sangat panjang dan berbulu.


Sumber : Taiko TV

Tiada ulasan