Header Ads

Terkini

Logan Paul Buat Hal Lagi, Tak Serik - Serik, Youtube Terpaksa Gantung Sementara Pengiklanan Di Saluran Youtube Beliau

Views

Nampaknya Logan Paul masih belum belajar dari kesilapan lalu. YouTube baru-baru ini menggantung sementara pengiklanan di saluran YouTube milik Logan Paul kerana video kontroversi terbaru beliau.
Penggantungan ini akan mengakibatkan Logan tidak dapat menjana pendapatan menerusi saluran YouTube miliknya. Dikhabarkan pengiklanan di saluran YouTube milik Logan bernilai hampir sejuta dollar sebulan. Tiada info lanjut berkenaan sampai bila Logan akan digantung oleh pihak YouTube.

Tujuan beliau dikenakan penggantungan ini adalah disebabkan ‘kelakuan melampau yang berterusan’ dan pihak YouTube tidak mahu lagi bertoleransi dengan Logan dalam perkara ini. Dalam video terbarunya, beliau dilihat melakukan kekejaman terhadap haiwan apabila menggunakan ‘taser gun’ terhadap bangkai tikus.

Video itu mengundang kecaman daripada pencinta haiwan. Menurut mereka, walaupun ianya tikus yang sudah mati Logan tidak sepatutnya ‘menghina’ bangkai tikus yang ditangkapnya.



Bulan lalu, Logan Paul menjadi tumpuan media seluruh dunia kerana vlog kontroversi beliau yang dirakam di hutan Aokigahara di Jepun. Youtuber di luar sana harap lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti dalam membuat vlog supaya program pengiklanan anda tidak digantung oleh pihak YouTube.

Sumber : The Vocket

Tiada ulasan