Header Ads

Terkini

Rupanya Kopi Durian Yang Viral Baru-Baru Ini Mengandungi Dadah, Syarikat Kopi Tersebut Dakwa Telah Disabotaj

Views
Baru-baru ini, Polis mengesahkan kopi pracampur 'Durian White Coffee' yang menyebabkan lima individu dikejarkan ke hospital, disyaki mengandungi dadah


Meskipun belum dikenal pasti, Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang mengesahkan paket kopi tersebut mempunyai kandungan benda asing.

Keputusan itu adalah hasil analisa makmal terhadap kandungan paket kopi yang diminum dua warga Nepal, yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Selasa, akibat pitam selepas minum kopi pracampur berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata hasil analisa sampel menunjukkan paket itu sudah dibuka dan dipaketkan semula.


"Bahagian bawah paket berkenaan menunjukkan kesan koyakan. Berat paket yang dipaket semula itu juga menunjukkan penambahan lebih 10 gram daripada berat asal iaitu daripada 40 gram kepada 50 gram.

"Di dalam serbuk kopi itu juga mengandungi benda asing berwarna hijau, berbeza dengan kandungan paket asal," katanya kepada Bernama.

Dua warga Nepal berkenaan turut mendakwa menerima kopi pracampur itu secara percuma daripada seorang wanita yang tidak dikenali

Memetik laporan Berita Harian, Anuar berkata suspek memberikan bungkusan yang mengandungi 16 paket kecil kopi terbabit dan terus beredar tanpa sebarang penjelasan.


Sementara itu, syarikat kopi terbabit telah membuat laporan polis dan mendakwa paket yang diambil dari salah seorang mangsa telah sah dipaketkan semula

Pengusaha 'Mycafe Penang Durian White Coffee' memuat naik sekeping gambar di laman Facebook mereka bagi menunjukkan paket yang diambil daripada mangsa mempunyai penambahan berat sebanyak 12 gram.


Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati orang ramai supaya tidak mengambil paket minuman kopi pracampur daripada orang yang tidak dikenali kerana dibimbangi mengandungi dadah.

Siasatan dari Jabatan Kesihatan Pulau Pinang juga mendapati bahawa operasi syarikat kopi berkenaan menepati segala syarat ditetapkan


Pengarahnya Dr Wan Mansor Hamzah berkata, kilang yang terletak di Seberang Perai dan mula beroperasi sejak 2009 itu menepati semua syarat yang ditetapkan Jabatan Kesihatan negeri termasuk mempunyai pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

"Kami tidak menemui sebarang perkara yang tidak baik di kilang berkenaan. Semuanya mengikuti syarat yang ditetapkan Jabatan Kesihatan negeri.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan ada unsur 'campuran luar' yang dilakukan di bahagian pengedaran. Perkara itu masih dalam siasatan," katanya kepada Harian Metro.

Sumber : Says

Tiada ulasan