Header Ads

Terkini

(Video) Sami Ini Kantoi Apabila Rakaman CCTV Menunjukkan Dia Mencuri Pakaian Dalam Wanita Yang Masih Basah Di Jemuran

Views

Seorang sami Buddha di Thailand dibuang dari kuil setelah rakaman CCTV menunjukkan dia mencuri pakaian dalam wanita yang masih basah.

Dalam video yang dirakamkan pada Isnin, sami berkenaan dilihat berjalan di sebuah lorong di Suphaburi, Thailand.

Rakaman menunjukkan, Theeraphap Worradilok, 49, mencuri enam helai seluar dalam yang di penyidai dan memasukkannya ke dalam beg kain yang digalas di bahu sebelum meninggalkan lorong tersebut.


Pemilik kediaman, Kittisak Khajornnetikhikhun, 40, mendapati seluar dalam isteri dan anak perempuannya hilang pada sebelah petang.

Apabila memeriksa rakaman CCTV, dia terkejut melihat seluar dalam yang hilang itu dicuri oleh seorang lelaki yang dianggap suci.


Dia menelefon polis yang kemudian melancarkan siasatan.

Kittisak, yang menjalankan perniagaan kedai emas, berkata: "Seluar dalam itu tidak mahal. Isteri saya boleh membelinya lagi, walaupun salah satu yang dicuri adalah kesayangannya.


p/s : lawak abis! Kesian dia tak tahu seluar dalam tu makcik tua yang punya, kahkahkah!

Sumber : DailyMail, Mstar

Tiada ulasan