Header Ads

Terkini

Goat Hub 70 - Peti Ais Mudah Alih Yang Canggih & Power (Takde Kaitan Ngan Kambing)

Views


Goat Hub 70 adalah penyejuk modular yang boleh membawa muatan tambahan bersama dengan makanan dan minuman. Penyejuk yang berkualiti tinggi ini mempunyai empat bekas macam botol plastik kosong yang boleh diisi dengan keperluan yang korang perlukan untuk aktiviti korang. Nice kan.


Bekas kosong cargo yang boleh dicabut disertakan sekali dengan penyejuk ni jugak sangat sesuai untuk menyimpan barang keperluan seperti makanan, barang kering, bekalan memancing atau pelbagai alat yang korang perlukan untuk aktiviti korang seperti berkhemah kat hutan atau lepak mancing kat sungai.


4 Botol plastik yang disertakan tu jugak ada bermacam jenis tema yang korang suka, seperti contoh peti pertolongan cemas, peralatan asas untuk tempat perlindungan, dan segala jenis peralatan lain. Terdapat juga jaring kargo di depan untuk lebih banyak ruang simpanan.


Alat penyejuk yang lasak itu menawarkan simpanan sebanyak 59 liter dan mampu menyimpan ais selama 8-10 hari. Power kan. Nah, kalau nak beli, beli kat sini. Harga dia agak keras gak, USD499 atau bersamaan dengan RM2,034.17. Sikit lagi nak sama harga ngan PS5.











Sumber : Blessthisstuff

Tiada ulasan