Header Ads

Terkini

Lelaki Berusia 112 Tahun Ini Satu-Satunya Manusia Yang Dapat Mengalami 2 Pandemik Iaitu 'Spanish Flu' & Covid 19

Views


Ya, untuk menceritakan kembali pengalaman yang diharungi waktu selesema Sepanyol melanda dunia pada 1918.


Seorang lelaki berusia 112 tahun telah menjalani hidup untuk mengongsikan empat peristiwa besar dunia iaitu wabak flu Spanyol 1918, Perang Dunia Kedua, dan wabak virus corona yang kita alami ketika ini. 


Menurut The Guardian, Bob Weighton lahir pada 29 Mac 1908 dan dia turut mengalami pandemi flu Spanyol pada 1918-1920 ketika berusia 10 tahun. 




Weighton, mantan guru dan jurutera lahir di Hull, United Kingdom dan merupakan anak tengah daripada tiga saudara laki-laki dan tiga saudara perempuan.


The Guardian menyatakan lelaki yang punya tiga anak, 10 cucu dan 25 cicit ini belum pernah mengalami pengasingan diri seperti sekarang.


Wabak coronavirus telah mengorbankan lebih sejuta orang dan mengorbankan hampir 70,000 jiwa.


Ya, angka itu kecil berbanding jumlah yang dijangkiti selesema Sepanyol lebih seratus tahun lalu.


Spanish Flu menjangkiti 500 juta dan mengorbankan  antara 50 hingga 100 juta orang.


Wabak berkenaan menular ke Amerika Syarikat, Afrika Barat, dan Perancis, lalu merebak ke seluruh dunia.


Anda hanya perlu membaca buku Pandemic 1918  atau menonton filem dan dokumentari dalam Internet untuk mengetahui kisah getir berkenaan.


“Saya belum pernah mengalami hal seperti virus corona sebelumnya,” kata Weighton seperti dipetik akhbar itu. “Saya agak kecewa tetapi sekali lagi saya berada dalam situasi di mana anda harus menerima apa yang terjadi,” imbuhnya.


Lelaki yang dinobatkan sebagai manusia tertua yang masih hidup di dunia oleh Guinness World Records ini juga menyarankan, orang tidak perlu terlalu memikirkan apa yang tidak dapat dilakukan mereka  selama perintah berkurung atau lockdown.




“Saya menderita flu dan kebanyakan penyakit anak-anak, tapi tidak pernah menyendiri.” 


“Tapi tidak ada yang dapat kami lakukan, sehingga anda anda melakukan apa-apa yang anda dapat. Jangan pedulikan hal-hal yang tidak dapat anda lakukan,” ujarnya lagi.


Ketika ditanya rahsia umur panjangnya oleh Daily Mirror tahun lalu, Weighton menjawabnya dengan gurauan. “Dengan menghindari kematian, tidak ada alasan lain,” kata beliau dengan nada bergurau. Haha.


Sumber : SarawakVoice

Tiada ulasan