Header Ads

Terkini

'Bunker' Hari Kiamat Ini Mampu Menampung 75 Orang Dalam Masa 5 Tahun & Berharga USD3 Juta!

Views


Tahun 2020 tinggal sebulan je lagi gaisss. Ya, tahun ni memang tahun yang sangat mencabar tetapi dalam masa yang sama sangat pantas berlalu. Macam-macam hal yang berlaku terutamanya pandemik COVID19 yang menyebabkan kita rasa masa berlalu dengan begitu cepat. Disebabkan pelbagai hal yang berlaku pada tahun ini, ini dia ada orang US buat 'bunker' persediaan untuk hari kiamat katanyalah. 'Bunker' ni kalau kat Malaysia tak tau la ade ke tak? Tapi 'bunker' ni kalau tak silap macam tempat simpan senjata api dan makanan masa zaman perang-perang dulu. 


Bunker yang aku nak tunjuk ni bukan biashe-biashe gaisss, ni bunker level Alif Syukri gaiss. Bunker mewah ni tak dapat dipastikan la lokasi sebenar dia kat mana, cuma boleh cakap tempatnya kat utara Wichita, Kansas yelah dah namanya tempat rahsia kan.


Kepada jutawan yang tengah baca blog ni, dan ada hati nak buat bunker macam ni, nah silakan korang boleh ambik ilham daripada bunker kat Wichita ni yang bernilai USD3 juta sebuah kondominium. Bagaimana bunker mewah ini terhasil adalah pada asalnya ianya adalah sebuah tempat untuk simpan peralatan senjata bawah tanah ketika Perang Dingin oleh kerajaan US.  Projek bunker mewah yang diberi nama The Survival Condo ini boleh menempatkan seramai 75 orang selama 5 tahun dan hidup dengan mewah didalamnya. Bunker ini ada pelbagai macam benda yang ada seperti contoh, kedai mini, lif, swimming pool, klinik, dan macam-macam lagi, perghh dah macam mall plak! 


Bunker ni dikatakan berada di Utara Wichita, Kansas...






Nah, dah macam kondominium gais, ade 15 tingkat dan dikatakan kalis letupan nuklear!



Jangan risau nak cas handphone tak cukup letrik, ni dia stesen tenaga kat dalam tu, perghhhh








Hotak ahhh, ade pagawam lak tu, perghhhhh








Nah kau, ade sunway lagoon lak kat dalam tu!




















Sumber : Boredpanda

Tiada ulasan