Header Ads

Terkini

Jom Mohon i-Sinar - Contoh Dokumen Sokongan Untuk Dijadikan Bukti Pendapatan Terjejas

Views

Kredit :

Permohonan pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar telah diperluaskan kepada semua ahli KWSP. Sebelum ini, hanya 2 juta pencarum yang betul-betul terjejas sahaja yang telah dihadkan untuk pengeluaran ini. Pada 26 November 2020, Menteri Kewangan telah mengumumkan  pengeluaran i-Sinar telah ditingkatkan jumlah pencarum yang layak untuk skim ini kepada 8 juta.

Pihak KWSP akan memaklumkan maklumat terperinci mengenai pencarum yang layak cara proses pengeluaran caruman daripada akaun 1 KWSP pada Rabu ini iaitu 2 Disember 2020. Sila lock kalendar anda gaiss.


Pengeluaran Sehingga RM10,000


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, secara umum mereka yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji adalah layak untuk membuat pengeluaran sehingga maksimum sebanyak RM10,000 sekiranya baki simpanan mereka didalam akaun 1 kurang daripada RM90,000.


Dokumen Bukti Pendapatan Terjejas


Sekiranya bukti pendapatan terjejas adalah salah satu syarat wajib, anda boleh kemukakan dokumen-dokumen ini sebagai bukti pendapatan terjejas :


  • Notis diberhentikan kerja daripada majikan
  • Notis diberi cuti tanpa gaji daripada majikan
  • Notis potongan gaji daripada majikan
  • Notis potongan elaun daripada majikan
  • Notis potongan OT (Elaun kerja lebih masa) daripada majikan
  • Penyata akaun perniagaan/laporan pendapatan bulanan (Bagi yang bekerja sendiri)
  • Surat Akuan pengesahan pendapatan (Bekerja sendiri/tidak mempunyai slip gaji)

Sekiranya bukti pendapatan terjejas ini menjadi satu syarat wajib oleh KWSP, maka senarai diatasa ini boleh anda dapatkan segera untuk permohonan i-Sinar.


Walaubagaimanapun, nantikan pengumuman pada hari Rabu ini 2 Disember 2020.


Sumber : Edubestari


#kwsp #i-sinar #10k #iphone12promax #ps5 #ysukucash

Tiada ulasan